Ustaz Asri Rabbani Dalam Kenangan...

Ustaz Asri Rabbani

Syurga Selalu Bersamaku

Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat

mempersiapkan segala sesuatu
untuk meraih syurga akhirat.

Aku yakin bahawa syurga akhirat
tidak akan pernah dapat aku raih
kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

Maka rumah dan keluargaku
adalah syurga dunia paling indah buatku
Tempat kerja syurga dunia harianku
Tetangga, masyarakat dan bangsa
adalah syurga duniaku yang lebih luas.

Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku….

~ Ustaz Asri

———————–

Benarlah Ustaz Asri sudah tiada. Berita pemergiannya begitu sukar sungguh untuk di telan. Dan pasti juga seluruh jiwa yang mengenali Ustaz Asri bagaikan terpana dipukul halilintar. Kita kini kehilangan satu permata yang sukar dicari ganti… Tetapi mengapa mesti Ustaz Asri?? Mengapa ustaz Asri terlalu cepat meninggalkan kita?? Itulah yang dinamakan takdir.. Andai maut datang menjemput tidak akan dilewat atau dicepat walau sesaat..

Terlampau sedih sehingga tak terkata….

Segala kata nasihat yang terkandung dalam lirik nasyidnya bagai syair yang sangat indah dan puitis bagi kita. Suaranya yang lunak dan merdu mengalunkan azan pasti akan dirindui selalu.

Seluruh pencinta muzik terutamanya irama nasyid tanah air mengagumi keperibadiannya yang baik dan sering tersenyum. Dia menyenangkan hati sesiapa yang mengenalinya.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Ustaz Asri. Perginya tak kembali….

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya di rahmati Allah dan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi..Amin.

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI