Pesanan Buat Muslimah

Ratuku Ingin kuluahkan Apa yang sudah lama ingin kuluahkan Tentang kebimbangan hati ku ini Takkala melihat bunga-bunga berguguran Dipetik tangan-tangan yang ganas Lagi bernafsu serakah Ratuku Kebimbangan ku ini masih menebal Apabila kudengar Dengungan kumbang perosak Yang cuba menyedut madumu Walaupon tanpa relamu Ratuku Kebimbangan ku bertambah lagi Bila ku melihat bunga Yang tak segan silu Melempiaskan kecantikannya Ketika sedang mekar Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya Ratuku Aku masih terpinga-pinga Masih wujud lagikah ratu idaman hatiku?? Kerana apa yang aku lihat hari ini Semakin banyak bunga-bunga gugur Bagaikan tibanya musim luruh Ratuku Bukanlah ku harap kau segigih siti hawa Yang berlari-lari antara safar dan marwa Bukan juga sesetia ainul mardiyah Menanti kekasih di pintu syurga Ratuku Akuilah hakikat yang tersurat Engkaulah bukan Siti Khadijah Mahupun Siti Fatimah Engkau bukan A'ishah Bukan juga Rabi'atul Adawiyah Wanita suci terpuji Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa.. Cukuplah sekadar kau mencontohi Bunga-bunga itu Kembang mekar mewangi Sehingga harumannya Melewati pintu-pintu syurga Jangan kau risau ratuku Kadangkala musim berganti Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar Tapi itu hanya ujian buatmu Ratuku Esok musim bunga Pasti akan tiba Dan kau akan mampu berkembang lagi Cuma yang kuharapkan ketika itu Kau jaga kelopakmu itu Jangan sampai tangan-tangan kasar Memetik mu lagi Jangan ada kumbang-kumbang ganas Menghisap madumu Janngan biarkan gagak-gagak hitam itu Merosakan serimu Kerana kau ratu idaman kalbu Ratuku Aku bukanlah Memandang kecantikanmu Walaupon kadangkala Aku tertarik memandangnya Tapi bukan itu yang kuharapkan Aku yakin ratuku Masih ada sinar harapan Yang mampu buat aku tersenyum lega Kerana akan kutemuai Ratu yang sebenar-benarnya ratu

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI