Posts

Showing posts from June, 2010

AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum wbt buat semua pengunjung setia blog PSSIPUO... Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi diberi nikmat ISLAM dan IMAN. Masyallah sekalung TAHNIAH dari kami kerana Politeknik Ungku Omar telah diiktiraf sebagai Politeknik Premier . Kami barisan kepimpinan Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Premiar Ungku Omar ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada adik-adik semester baru Sesi Julai 2010 serta Selamat Kembali ke Politeknik pada pelajar senior. Moga semester ini kalian dapat tingkatkan lagi mutu pembelajaran sesuai dengan kehendak semua pihak, insyallah. Hazrat Abu darda r.a meriwayatkan bahaya Rasullah saw bersabda, "Allah swt akan membangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang bercahaya wajah mereka (cahaya yang bergemerlapan ). Mereka berada di atas mimbar-mimbar daripada mutiara. Orang ramai memcemburui(mengagumi) mereka sedangkan mereka itu bukan dari para nabi dan bukan juga para syuhada."Maka seo...

Buat Insan Yang Diuji

Image
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah. Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:           ...

Kasut & Syukur

Image
“Eh, mana kasut aku ni..! Hmm.. siapalah yang curi...?”. Ngomel aku di dalam hati setelah selesai menunaikan solat di masjid. Setelah mencari di sudut-sudut lain sekitar masjid aku terjumpa kasut ku. “Alhamdulillah..” (sambil masih mengomel di dalam hati 'siapalah yang guna kasut aku ni..'). Ada beberapa perkara yang ingin saya lontarkan pandangan dalam realiti kehidupan yang berlaku di atas. Pertama, manusia memang selalu tidak puas hati. Dan yang kedua manusia tidak letakkan kesyukuran itu seratus peratus pada Allah. Bukankah setiap yang berlaku itu dalam pengetahuan Allah, hatta pergerakan sehelai daun yang jatuh di dalam hutan tropika yang tidak pernah dimasuki manusia pun dalam kawalan dan pengetahuan Allah. Setiap sudut ‘yaw, pitch, roll’ jatuhnya daun itu dalam perancangan Allah. Begitu juga dengan hilangnya kasut kita itu. “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan. Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan ...

Ada Apa Dengan Solat Berjemaah?

Image
Orang muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa. Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi. Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah . Lazimnya, apabila solat jemaah dilakukan, bahu si kaya dan si miskin bersentuhan, lutut anak muda bergesel dengan lutut si tua, tapak kaki orang besar bertemu rakyat biasa, justeru membangkitkan ikatan cinta persaudaraan yang penuh rahmah dan berpanjangan. Sememangnya telah didoakan oleh para malaikat atas orang yang berniat melakukan solat berjemaah dengan rahmah dari Allah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya, ''Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian-munfari...

Fadhilat Bulan Rejab

Image
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah darip...

Bicara Hati Seorang Bernama Wanita

Image
Segala puji hanya bagi Tuhan Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam Dengan seindah dan sebaik ciptaan Daku Si tulang bengkok Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan Mengatasi panjangnya akal fikiran Sebagai fitrah dan anugerah Hasil doa seorang lelaki Namun Ya Allah Biarkan kejadian ku memberi guna Bengkok yang ada manfaatnya Kiranya daku menjadi seorang isteri Kurniakanlah pada ku kekuatan Menjadi tulang belakang seorang suami.. seorang mujahid Pengembang perjuangan di sayap kiri Diadun dengan kelembutan Menjadi teman sejati.. sahabat setia penyejuk mata Pembina semangat dan penguat jiwa Seanggun peribadi Siti Khadijah Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan Yang memiliki sembilan nafsu Merdeka dari kepentingan peribadi Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa ditanya Bila kan pulang? Disambut kepulangannya dengan penuh...

Salahkah Bila Berubah?

Image
Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini... “Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.” “Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.” “Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover .” Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek. “Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.” Ketuk ketampi tiga ratus kali dan d...

Mudahnya Kehidupan

Image
Sesungguhnya kemudahan akan disertai kesusahan. Itulah janji Tuhan kepada makhluknya yang menjadikan dunia ini berpasang-pasangan. Kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini menyusahkan, membebankan dan acapkali menyesakkan jiwa . Mengapakah terjadinya hal yang sedemikian? Mungkinkah kerana kita tersasar dari matlamat hidup kita? Sebagai seorang Islam, cuba kita renungkan, apakah matlamat sebenar kita dilahirkan ke dunia ini? Adakah untuk memenuhi keperluan dan kehendak semata-mata? Sebelum itu mari kita lihat sejenak apa itu keperluan dan kehendak dunia ini. Keperluan kita sebagai seorang Islam adalah beribadah kepada Allah . Adakah beribadah itu hanya tertumpu kepada rukun Islam yang lima sahaja? Tentu sahaja tidak, rukun Iman, fardhu ain, fardhu kifayah mestilah dilengkapi bagi memenuhi keperluan kita hidup di alam maya ini. Sekarang, kita perhatikan pula kehendak dunia. Keperluan dunia memenuhi ruang lingkup nafsu kita . Makanan yang enak, pas...

Nikmati Proses

Image
Sebenarnya yang harus kita nikmati dalam hidup ini adalah proses. Mengapa? Kerana yang bernilai dalam hidup ini ternyata adalah proses dan bukan hasil. Hasil sesuatu perkerjaan kita telah ditetapkan oleh Allah swt dan kita mempunyai kewajipan untuk menikmati dua perkara iaitu selalu menjaga setiap niat dari apapun yang kita lakukan dan selalu berusaha menyempurnakan niat yang dibuat. Syahid atau kemenangan Seperti para mujahidin yang berjuang membela bangsa dan agamanya, sebenarnya bukan kemenangan yang terpenting bagi mereka, kerana menang atau kalah itu akan selalu digilirkan kepada sesiapa pun. Namun yang paling penting baginya adalah niatnya perlu benar kerana Allah swt dan selama berjuang itu akhlaknya tetap terjaga. Tidak akan rugi orang yang seperti ini, sebab ketika dapat mengalahkan lawan bererti dia akan mendapat pahala, kalaupun terbunuh bererti boleh menjadi syuhada. Untung atau rugi Walhasil yang terpenting dari perniagaan dan ikhtiar yang dilakukan ...