AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum wbt buat semua pengunjung setia blog PSSIPUO...

Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi diberi nikmat ISLAM dan IMAN. Masyallah sekalung TAHNIAH dari kami kerana Politeknik Ungku Omar telah diiktiraf sebagai Politeknik Premier. Kami barisan kepimpinan Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Premiar Ungku Omar ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada adik-adik semester baru Sesi Julai 2010 serta Selamat Kembali ke Politeknik pada pelajar senior. Moga semester ini kalian dapat tingkatkan lagi mutu pembelajaran sesuai dengan kehendak semua pihak, insyallah.


Hazrat Abu darda r.a meriwayatkan bahaya Rasullah saw bersabda, "Allah swt akan membangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang bercahaya wajah mereka (cahaya yang bergemerlapan ). Mereka berada di atas mimbar-mimbar daripada mutiara. Orang ramai memcemburui(mengagumi) mereka sedangkan mereka itu bukan dari para nabi dan bukan juga para syuhada."Maka seorang badwi berkata,"ya Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat-sifat mulia mereka supaya dapat kami mengenali mereka."Rasulullah bersabda:"mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum dan berlainan tempat, mereka berkasih sayang semata-mata kerana Allah swt, orang-orang yang berkumpul disatu tempat untuk mengigati Allah dan menyebut namaNya."(hadis riwayat tobarani)

Dalam riwayat yang lain
Diterangkan bahawa di dalam syurga terdapat tiang-tiang daripada 'yakut'dan diatas tiang itu terdapat kamar-kamar daripada 'zamrud'. Pintu-pintu kamar itu terbuka di setiap penjuru. kamar-kamar itu bersinar seperti bintang bercahaya.kamar-kamar itu adalah orang yang berkasih sayang kerana Allah swt, orang-orang yang berkumpul di setiap tempat kerana Allah swt dan orang-orang yang bertemu antara satu sama lain kerana Allah swt. Subhanallah indahkan bersahabat kerana Allah ^_^


"Seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain"

"sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara yang samar-samar yang banyak orang-orang tidak mengetahuinya"(Riwayat Muslim)

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI