Become our Fan

Jul 27, 2010

Hubaya-Hubayalah Dengan Solatmu.





“Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai mendirikan solat” 
“Sudah ,alhamdulillah.” 
“Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?” 
“Ya”. 
“Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu ,kamu rasakan ia mungkin solatmu yang terakhir , kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?” 
“Tidak” 
“Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar ,hatimu turut membesarkan Allah?” 
“Tidak….” 
“Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir .” 
“…” 
“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah , adakah hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?” 
“Tidak” 
“Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu bersyukur kepada Allah ,Tuhan yg kamu sembah dan tempat kamu meminta pertolongan , lantas kamu memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai -Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di murkaiNya?” 
“Tidak..” 
“Kalau begitu ,kamu sebenarnya tidak membaca apa-apaa dalam solatmu.” 
“…” 
“Adakah kamu menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjga pergerakanmu agar tidak mendahului iman ?” 
“Ya” 
“Dan ketika rukuk dan sujud itu adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah itu melihatmu dan menilai solatmu yg sedang kamu kerjakan?” 
“Tidak” 
“Kalau begitu ,kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud .” 
“…” 
“Dalam solatmu ,adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal juga kebajikan yg paling utama?” 
“Tidak” 
“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam ,adakah hatimu merasa takut kalau-kalau solatmu yang baru kamu kerjakan itu tidak di terima oleh Allah lalu amalan itu di lemparkan kembali ke mukamu , di samping berharap agar Dia mahu menilaisolatmu sebagai pengabdian darimu?” 
“Tidak..” 
“Kalau begitu ,kamu sebenarnya tidak mendirikan solat -tidak mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu.Hubaya-hubayahlah kerana Allah telah berfirman : ‘Neraka wail bagi orang yang solat ,yang mereka lalai dalam solatnya.’(surah Al-Maun:4-5) 
“Astaghfirullahal azim…Ya Allah ,berikan aku kekuatan utk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah utk bertambah dekat dan hampir dengan-Mu.” 

Dipetik dari majalah anis julai 2002 (monolog) 
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, 
‘Berapa ramai orang yang mendirikan solat , tetapi yang di perolehinya hanya penat dan letih ,kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya’ 
Hadis tersebut menerangkan betapa banyak sembahyang yang di dirikan oleh seseorang itu tapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu .Sebaliknya oleh kerana lalai ketika sembahyang maka Allah swt menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya. 
Firman Allah yang bermaksud 
“Maka kecelakaanlah bagi orang -orang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya” 
wallahualam. 

No comments: