Posts

Showing posts from 2011

Jangan mendekati Zina . .

Image
Saudara-saudaraku kaum muslimin, Hati-hatilah terhadap perbuatan zina! Dan janganlah masuk ke-dalam jalan-jalan yang mendekati zina. Sesungguhnya sabar untuk tidak masuk ke jalan-jalan tersebut lebih mudah daripada sabar untuk tidak berzina ketika sudah ada di dalam jalannya. Maka janganlah mendekati zina dan janganlah masuk ke dalam jalan-jalan yang mendekatinya. Dan diantara jalan-jalan tersebut adalah: Pertama : Memandang wanita dan auratnya termasuk wajahnya. Ini sangat erat sekali hubungannya dengan zina, hingga Allah berfirman: } قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ { سورة النور الآية :30 Artinya : "Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."(An-nur : 30) Demikian pula Allah memerintahkan kepada wani...

5 Perkara . .

Image
Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara.. 1. Sihat Sebelum Sakit 2.Muda Sebelum Tua 3.Kaya Sebelum Miskin 4.Lapang Sebelum Sempit 5.Hidup Sebelum Mati

Jangan, Jangan Dan Jangan-Jangan...

Image
Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan-jangan sumbing bibir kita. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus. Jangan tidur selepas subuh. Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman) Jangan biarkan m...

Apa Itu Arak??..

Image
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah. Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud : ”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Surah Al- Maidah ayat 90] HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK :- Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak...

GUNAKANLAH TUDUNG DAN LABUHKANLAH HINGGA KE DADA...

Image
"Wahai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-orang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih muda untuk di kenal karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang. [Al-Ahzab : 59] "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA.." [Ayat Al-Quran Surah An-Nur: 31]
Image
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orangwali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaanletih akan mendapat pahala jihad. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesakerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yangmelihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dankemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya...

Ahlan Wa Sahlan ya RAMADHAN..

Ramadhan Bulan Penyucian Jiwa Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim) Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa. Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan ...

SEPULUH WASIAT

Image
DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA 1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun. 2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah. 3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam. 4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang. 8.Jauhilah daripada mengumpat-ump...

Allah maha mengetahui....

Image
Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak.Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya.Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi.Menurut riwayat Abu Salih Jangi Dost adalah keturunan Saiyidina Hasan bin Ali r.a iaitu cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan “dunia”.Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T. Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air.Ketika Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya, sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar.Lantas diapun mengambil buah epal itu, tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya.Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.

Sedayu Tinggi

Image
Imejku kini Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri . Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Misi Jihad Cinta …..

Image
“Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih mengantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya. “Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Image
Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib ---------------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri. Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka melade...

Solat Merawat Otak

Image
Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yang menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan "decision maker" bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan banyak lagi sifat yang membezakan manusia dan haiwan.

Dari ruangan blog Mahasiswa Perak

Image
Surat Pembaca : Kami Mahukan PRK yang Matang Pada Musim Depan Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian. Saya mewakili suara cakna mahasiswa Politeknik Ungku Omar  sangat tertarik untuk meluahkan isi hati yang terbuku lama dihati buat para pembaca untuk sama-sama  renungkan dan bersimpati pada kami. “Jawatankuasa Perwakilan Pelajar”,yang lebih mesra dengan panggilan JPP.Siapa yang tidak tahu dan  tidak kenal dengan pertubuhan organisasi ini yang merupakan satu organisasi yang besar di dalam kampus Politeknik Premier Ungku Omar.Bukan hanya didalam kampus,bahkan diluar juga ia dikenali ramai oleh institusi-institusi pengajian yang lain.Demikianlah saudara dan saudari,bertapa hebatnya pertubuhan organisasi ini kepada Politeknik sendiri.Adakah kehebatannya menyeluruh kepada semua aspek atau ia hanya sekadar nama gah diperkatakan?

MOH LA KITA

Image
Jabatan Pengajian Awam mengadakan Program Mahrajan Maulidur Rasul.Berikut adalah maklumat berkaitan program tersebut : Tarikh : 22 Februari 2011 Tempat : Dewan Jubli Perak PUO Anjuran : Unit Agama & Moral JPA Aktiviti :               Seminar Maulidur Rasul               Masa : 8.00 pagi               Tempat : Dewan Jubli Perak

Valentine's Day

Image
Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi...

Rahsia yang perlu dijaga...

Image
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Tawakkal harus disertai dengan usaha

Image
     ‘REZEKI secupak tidak menjadi segantang’. Begitulah bunyi kata-kata orang yang tidak bermotivasi dan tidak memahami anjuran Islam. Silap faham mengenai tawakal mengakibatkan silap faham dalam bertindak.      Orang Islam dulu cemerlang sebab mereka memahami erti dan tuntutan tawakal, iaitu berserah diri pada Allah selepas ikhtiar dan melakukan perancangan.  Tawakal juga berserah pada Allah yang menentukan hasil. Hasil pula tidak temakbul tanpa usaha. Justeru, makna tawakal juga ialah berusaha sehabis tenaga barulah kita layak bertawakal. Tawakal ialah ibadat hati yang diawali dengan ibadat. Kerja adalah ibadat. Orang yang tidak beribadat akan kurang bergantung kepada Allah, malah silap memahami erti berserah.

‘Penyakit senyap’ punca manusia huru-hara

Image
MANUSIA berdepan dengan pelbagai jenis penyakit. Ada penyakit ringan dan ada juga penyakit berat atau kronik iaitu penyakit yang menjejaskan kesihatan, tenaga dan kecerdasannya. Bagaimanapun, penyakit yang lebih dikenali penyakit jasmani ini seperti demam, selesema, batuk, sakit kepala dan sebagainya mudah dikenal pasti, dikesan dan senang dirawat. Di sebalik penyakit ini, ada penyakit lain yang menyerang manusia ‘secara senyap’ dan merebak tanpa disedari. Ia terlalu sukar dirawati kerana penghidapnya langsung tidak menyedari dirinya menghidap penyakit terbabit sedangkan pada hakikatnya penyakit ini teramat bahaya, menyerang seseorang dari dalam, selain boleh menjejaskan akal, perasaan dan emosi seseorang. Tidak terkecuali juga, penyakit dikenali penyakit umat atau sosial ini mampu menghuru-harakan hidup manusia.

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Image
Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

11 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat

Image
PERCAYA kepada Malaikat adalah salah satu rukun Iman. Ada Malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan Malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.