‘Penyakit senyap’ punca manusia huru-hara



MANUSIA berdepan dengan pelbagai jenis penyakit. Ada penyakit ringan dan ada juga penyakit berat atau kronik iaitu penyakit yang menjejaskan kesihatan, tenaga dan kecerdasannya.
Bagaimanapun, penyakit yang lebih dikenali penyakit jasmani ini seperti demam, selesema, batuk, sakit kepala dan sebagainya mudah dikenal pasti, dikesan dan senang dirawat. Di sebalik penyakit ini, ada penyakit lain yang menyerang manusia ‘secara senyap’ dan merebak tanpa disedari. Ia terlalu sukar dirawati kerana penghidapnya langsung tidak menyedari dirinya menghidap penyakit terbabit sedangkan pada hakikatnya penyakit ini teramat bahaya, menyerang seseorang dari dalam, selain boleh menjejaskan akal, perasaan dan emosi seseorang. Tidak terkecuali juga, penyakit dikenali penyakit umat atau sosial ini mampu menghuru-harakan hidup manusia.



Tidak hairanlah berkenaan hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat. “Sahabat bertanya, apakah penyakit umat itu wahai Rasulullah? “Sabda baginda: Penyakit kufur nikmat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama sendiri untuk merebut kemewahan dan kemegahan dunia, penyakit benci-membenci dan penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara.” Inilah penyakit paling berbahaya yang ‘menyerang’ umat Islam ketika ini. Jika dilihat ciptaan manusia, manusia adalah seelok-elok ciptaan Allah di muka bumi berbanding makhluk lain. Cuba renungi kepada diri sendiri, tentulah kita dapati bahawa kita dikurniakan Allah dengan anggota badan cukup dan sempurna, sepadan dan seimbang dengan bentuk badan kita.



Ternyata cukup banyak dan tidak terhitung nikmat-nikmat pemberian Ilahi itu. Justeru, semuanya nikmat ini sewajarnyalah diterima dengan penuh rendah diri dan syukur. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Ia memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.” (Surah Ibrahim, ayat 34). Demikianlah antara harapan di sebalik pemberian nikmat itu. Namun, ayat ini sudah menjelaskan bahawa akan ada manusia yang tidak menyedari nikmat pemberian itu.

sesanggup menggunakan nikmat itu untuk menderhaka kepada Allah dan mempertikaikan kesucian ajaran Islam. Nikmat mata yang dikurniakan tidak digunakan melihat tanda kebesaran dan keagongan-Nya, kebenaran petunjuk serta hidayah Allah. manakala nikmat telinga pula tidak dimanfaatkan untuk mendengar kata-kata yang baik, pengajaran dan nasihat berguna. Begitu juga dengan mulut. Mereka
MANUSIA berdepan dengan pelbagai jenis penyakit. Ada penyakit ringan dan ada juga penyakit berat atau kronik iaitu penyakit yang menjejaskan kesihatan, tenaga dan kecerdasannya.
Bagaimanapun, penyakit yang lebih dikenali penyakit jasmani ini seperti demam, selesema, batuk, sakit kepala dan sebagainya mudah dikenal pasti, dikesan dan senang dirawat. Di sebalik penyakit ini, ada penyakit lain yang menyerang manusia ‘secara senyap’ dan merebak tanpa disedari. Ia terlalu sukar dirawati kerana penghidapnya langsung tidak menyedari dirinya menghidap penyakit terbabit sedangkan pada hakikatnya penyakit ini teramat bahaya, menyerang seseorang dari dalam, selain boleh menjejaskan akal, perasaan dan emosi seseorang. Tidak terkecuali juga, penyakit dikenali penyakit umat atau sosial ini mampu menghuru-harakan hidup manusia.

Tidak hairanlah berkenaan hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat. “Sahabat bertanya, apakah penyakit umat itu wahai Rasulullah? “Sabda baginda: Penyakit kufur nikmat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama sendiri untuk merebut kemewahan dan kemegahan dunia, penyakit benci-membenci dan penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara.” Inilah penyakit paling berbahaya yang ‘menyerang’ umat Islam ketika ini. Jika dilihat ciptaan manusia, manusia adalah seelok-elok ciptaan Allah di muka bumi berbanding makhluk lain. Cuba renungi kepada diri sendiri, tentulah kita dapati bahawa kita dikurniakan Allah dengan anggota badan cukup dan sempurna, sepadan dan seimbang dengan bentuk badan kita.

Ternyata cukup banyak dan tidak terhitung nikmat-nikmat pemberian Ilahi itu. Justeru, semuanya nikmat ini sewajarnyalah diterima dengan penuh rendah diri dan syukur. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Ia memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.” (Surah Ibrahim, ayat 34). Demikianlah antara harapan di sebalik pemberian nikmat itu. Namun, ayat ini sudah menjelaskan bahawa akan ada manusia yang tidak menyedari nikmat pemberian itu.

sesanggup menggunakan nikmat itu untuk menderhaka kepada Allah dan mempertikaikan kesucian ajaran Islam. Nikmat mata yang dikurniakan tidak digunakan melihat tanda kebesaran dan keagongan-Nya, kebenaran petunjuk serta hidayah Allah. manakala nikmat telinga pula tidak dimanfaatkan untuk mendengar kata-kata yang baik, pengajaran dan nasihat berguna. Begitu juga dengan mulut mereka.