Posts

Showing posts from January, 2011

Tawakkal harus disertai dengan usaha

Image
     ‘REZEKI secupak tidak menjadi segantang’. Begitulah bunyi kata-kata orang yang tidak bermotivasi dan tidak memahami anjuran Islam. Silap faham mengenai tawakal mengakibatkan silap faham dalam bertindak.      Orang Islam dulu cemerlang sebab mereka memahami erti dan tuntutan tawakal, iaitu berserah diri pada Allah selepas ikhtiar dan melakukan perancangan.  Tawakal juga berserah pada Allah yang menentukan hasil. Hasil pula tidak temakbul tanpa usaha. Justeru, makna tawakal juga ialah berusaha sehabis tenaga barulah kita layak bertawakal. Tawakal ialah ibadat hati yang diawali dengan ibadat. Kerja adalah ibadat. Orang yang tidak beribadat akan kurang bergantung kepada Allah, malah silap memahami erti berserah.

‘Penyakit senyap’ punca manusia huru-hara

Image
MANUSIA berdepan dengan pelbagai jenis penyakit. Ada penyakit ringan dan ada juga penyakit berat atau kronik iaitu penyakit yang menjejaskan kesihatan, tenaga dan kecerdasannya. Bagaimanapun, penyakit yang lebih dikenali penyakit jasmani ini seperti demam, selesema, batuk, sakit kepala dan sebagainya mudah dikenal pasti, dikesan dan senang dirawat. Di sebalik penyakit ini, ada penyakit lain yang menyerang manusia ‘secara senyap’ dan merebak tanpa disedari. Ia terlalu sukar dirawati kerana penghidapnya langsung tidak menyedari dirinya menghidap penyakit terbabit sedangkan pada hakikatnya penyakit ini teramat bahaya, menyerang seseorang dari dalam, selain boleh menjejaskan akal, perasaan dan emosi seseorang. Tidak terkecuali juga, penyakit dikenali penyakit umat atau sosial ini mampu menghuru-harakan hidup manusia.

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Image
Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

11 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat

Image
PERCAYA kepada Malaikat adalah salah satu rukun Iman. Ada Malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan Malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Proses Kejadian Adam

Image
Ingat lagi tak tentang kisah kejadian Adam?? dulu, masa kata sekolah kita selalu dengar daripada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah.. Meh 'refresh' sama-sama..kisah ni telah diceritakan oleh adik ana sendiri, jadi baru la satu persatu kisah tu diingat balik.. alhamdulillah.. Hayya-hayya bina!! Kesusahan para malaikat untuk meminta tanah daripada bumi.. . Pada suatu hari, Allah s.w.t telah memerintahkan malaikat Jibril agar turun ke bumi bagi mengambil sebahagian tanah daripada bumi untuk mencipta Adam a.s...Namun, sebaik sahaja malaikat Jibril meminta, bumi berkeras dan enggan memberikan tanahnya kepada Jibril. ,Bumi menangis dan memohon agar tidak diambil tanahnya kerana bimbang  keturunan Adam akan berbuat kerosakan dan maksiat kepada Allah s.w.t. Lalu, pulanglah Jibril mengahadap Allah s.w.t. Lalu, diutus pula malaikat Mikail, begitu juga reaksi bumi, pulanglah Mikail....Begitu juga apabila diutus malaikat-malaikat yang lain.. Ketegasan malaikat Izrail... ...

Hanya KeranaMU

Image
Apakah yang dimaksudkan ukhuwah??.. Bagi yang memahaminya tentunya kalian berasa senang apabila diungkapkan kalimah penuh bermakna dan dalam ini..Ukhuwah adalah kesatuan hati demi mendapat redhaNYA yang satu..Kesatuan hati sesama saudara Islam hanya kerana Allah..Kami berukhuwah kerana Allah.Kami sayang sahabat2 kami kerana  Allah..Kami berkasih kerana Allah..semuanya tidak lain hanya kerana Allah..adakah masih menjadi persoalan dimana ikatan hubungan kami yang rapat dan utuh ini??jelas hanya satu jawapan,kerana ALLAH..amin. Ukhuwah yang paling rendah adalah bersangka baik(husnul zon) ataupun berlapang dada.dan yang paling tinggi adalah meletakkan kepentingan saudara/sahabat lebih tinggi daripada kepentingan diri sendiri.Seperti hadis yang mengatakan"Setinggi-tinggi ukhuwah itu melebihkan saudaranya sendiri dan serendah-rendah ukhuwah itu berbaik sangka dengan saudara kita".Kami juga bergerak kerja kerana Allah..Kami cuba menjadikan h...

KENAPA AKU DIUJI?

Image
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3  KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286  RASA FRUST?  "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." ...

Manjalisme

Image
Manjalisme’ adalah virus yang menyerang sesetengah Daie masa kini, masa lalu dan akan datang. Sikap atau virus merbahaya ini akan menyerang mana-mana para aktivis dakwah yang tidak mahu mencegahnya. Apa yang nyata, Daie sebagai manusia tidak dapat lari dari kelemahan. Iman senantiasa turun dan naik. Kadangkala semangat memuncak, kadangkala merudum. Ketika ini syaitan mula memainkan peranan mereka. Antara tanda-tanda daie yg terkena virus‘manjalisme’ Tidak tahan ujian -Cepat putus asa -Banyak mengeluh -Tidak percaya kebolehan diri -Mengharapkan suasana lapangan tarbiyyah yang selalu selesa -Tidak mahu dirinya ditegur dan diperbetul,mudah sensitif atas teguran -Tidak melawan rasa malas yang membelenggu diri -Memberi 1001 alasan atas amanah yang diberikan -Tidak melaksanakan amanah atas alasan tidak mampu -Tidak biasa meletakan diri dalam suasana kekangan dan tekanan dari segi mental dan fizikal -Terlalu mengharapkan bantuan oran...