Proses Kejadian Adam

Ingat lagi tak tentang kisah kejadian Adam?? dulu, masa kata sekolah kita selalu dengar daripada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah..
Meh 'refresh' sama-sama..kisah ni telah diceritakan oleh adik ana sendiri, jadi baru la satu persatu kisah tu diingat balik..
alhamdulillah..
Hayya-hayya bina!!




Kesusahan para malaikat untuk meminta tanah daripada bumi...
Pada suatu hari, Allah s.w.t telah memerintahkan malaikat Jibril agar turun ke bumi bagi mengambil sebahagian tanah daripada bumi untuk mencipta Adam a.s...Namun, sebaik sahaja malaikat Jibril meminta, bumi berkeras dan enggan memberikan tanahnya kepada Jibril. ,Bumi menangis dan memohon agar tidak diambil tanahnya kerana bimbang  keturunan Adam akan berbuat kerosakan dan maksiat kepada Allah s.w.t. Lalu, pulanglah Jibril mengahadap Allah s.w.t. Lalu, diutus pula malaikat Mikail, begitu juga reaksi bumi, pulanglah Mikail....Begitu juga apabila diutus malaikat-malaikat yang lain..

Ketegasan malaikat Izrail...
Setelah para malaikat gagal mengambil tanah daripada bumi, akhirnya Allah mengutus malaikat Izrail untuk memikul tugas tersebut. Allah berkata: "Hai Izrail, kini engakulah aku utuskan untuk mengambil sebahagian tanah. Walaupun bumi berkeras dengan apa alasan sekalipun, jangan kamu berganjak, katakanlah engkau melakukan tugas ini atas nama dan perintahKu." Lalu dengan penuh taat tanpa menghiraukan permohonan dan tangisan bumi, malaikat Izrail membawa tanah pulang menghadap Allah.

Kebimbangan malaikat Izrail
Melihat ketegasan yang terdapat pada Izrail, Allah s.w.t telah melantiknya menjadi malaikat pencabut nyawa, Malikat Maut. Pada mulanya, Izrail menolak untuk memikul tugas itu. Izrail bimbang manusia akan mengutuk dan membencinya. Lalu, Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail bahawa Allah yang mengatur kematian, Allah akan jadikan setiap maut itu mempunyai penyebab seperti sakit, kemalangan, dibunuh dll..


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? 
  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis 
  2. Tanah Bukit Tursina 
  3. Tanah Iraq 
  4. Tanah Aden 
  5. Tanah Al-Kautsar 
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 
  7. Tanah Paris 
  8. Tanah Khurasan 
  9. Tanah Babylon 
  10. Tanah India 
  11. Tanah syurga 
  12. Tanah Tha’if 


Kata Ibnu Abbas : 


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 


2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.


3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 


4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 


5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.


6. Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 


7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan   kerjasama,sesama manusia. 


8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 


9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 


10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 


11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 


12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 


13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. 

 moga-moga kalian mendapat manfaat dari perkongsian ini...

kau dan aku seiring bersama islam