FIKIR DULU SEBELUM MATI

Seperti biasa, setiap pagi Selasa dewan kuliah di ICT akan dipenuhi oleh semua pelajar sem6 yang hadir ke kelas projek. Seorang pensyarah berada di depan dewan membuat persiapan untuk menayangkan 'slide' kuliahnya kpd pelajar. Tajuknya berkaitan Multimedia.

Di pendekkan cerita, di penghujung waktu kuliah , pensyarah tersebut memainkan satu video. FIKIR DULU SEBELUM MATI. Wah!! tajuk yang cukup menarik minat. Bagaimana critanya? Bermula dengan sepasang suami isteri (mungkinlah kot), sedang menaiki motosikal. Kiri dan kanan jalan ialah kawasan padi. Si suami menunggang dengan lajunya. Disebabkan tidak sabar, si suami memotong sebuah lori pick up. Tiba-tiba..

Muncul sebuah lori besar di hadapannya. Pasangan tersebut pun menjerit STOP!!!.. Semua menjadi pegun(tidak bergerak). Kini video itu hanya memaparkan pasangan tersebut sahaja yang bergerak. Pasangan tersebut pun turun dari motosikalnya. Si isteri mula bersuara dalam bahasa thailand. “Haa! Apa tunggu lagi, fikirkanlah macam mana?”. Si suami menjawab “Kalau belok kanan masuk longkang, nak belok kiri ada lori.” “Kita rempuh je”,jawab si suami. “Awak dah gila?!!!”,balas si isteri. Pasangan tersebut mula kebingungan..Si suami bersuara, ”Kita cuba sekali lagi.”

Video tersebut pun diulang pada saat suami memotong lori pick up..Ppprraanngg!!!! Berkecailah tubuh pasangan tersebut di rempuh lori besar..
Apa yang sebenarnya ingin disampaikan?? Ingatlah saat kematian itu datang tidak dapat diduga. Ia tidak akan terlewat atau tercepat walaupun sesaat. Adakah masih sempat untuk kita berfikir sejenak ketika itu? Adakah mampu untuk kita menetapkan keputusan?? membuat permintaan ketika itu??

Renungkanlah..
Jangan diisi setiap saat, tiap detik waktu hayat kita dengan perkara maksiat, bayangkanlah jika sedang kita lalai nyawa kita ini di sambut malaikat maut. Apakah sempat untuk kita bertaubat? Nauzubillah, moga kita dijauhkan dari perkara itu..

Comments