Posts

Showing posts from 2010

Sakit hapuskan dosa

 DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.” Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim) Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu...

Surat dari Iblis

Image
( Surat ini akan membuat anda benar- benar berfikir) (Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya) **************************************** SURAT DARI IBLIS UNTUK MU Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan ...

Ibadah itu CINTA

Image
“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya. “Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema. Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.” Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala. Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu. Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang m...

Pesanan Buat kalian...

Image
 بسم الله الرحمن الرحيم             Segala puji bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya dan Maha Pemberi Petunjuk bagi hamba-hambaNya. Tidak ada yang dapat memberi petunjuk selain Dia. Selawat dan salam bagi Nabi Muhammad SAW serta keluarga, sahabat dan umat beliau hingga ke akhir zaman. Firman Allah SWT: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”   (Fussilat: 33)              Pertama-tamanya setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang saya ucapkan kepada mahasiswa baru Politeknik Ungku Omar. Tahniah, kerana anda terpilih untuk menyambung pengajian di Politeknik ini. Tiada lafaz yang selayaknya kita ucapkan melainkan kesyukuran yang sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT ...

Saudariku, pakailah apa yang sesuai denganmu

Image
Islam adalah ajaran yang sangat sempurna, sampai cara berpakaian pun dibimbing oleh Allah, Zat yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi diri kita. Boleh jadi sesuatu yang kita sukai, baik itu berupa pakaian atau perhiasan pada hakikatnya adalah jelek menurut Allah. Allah berfirman, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu adalah baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal sebenarnya itu buruk bagimu, Allah lah yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah: 216) . Oleh kerana itu marilah kita ikuti bimbingan-Nya dalam segala perkara termasuk mengenai cara berpakaian.   Perintah dari Atas Langit Allah Ta'ala memerintahkan kepada kaum muslimah untuk berjilbab sesuai syari'at. Allah berfirman, "Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta para wanita kaum beriman agar mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar merek...

Untuk renungan bersama ...

Image
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam k...