KESEMPURNAAN DIRI MUSLIM

Daripada Sayyidina Khalid bin AI-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasul­ullah S.A.W yang mana dia telah meny­atakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempumakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya:Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya,
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah en­gkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia,

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku,
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sem­puma.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau meli­hatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari Kiamat di bawah cahaya,
Baginda SAW menjawab : Janganlah menza­limi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari Kiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari Kiamat.
Baginda SAW menjawab : Kasihilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hati Kia­mat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan diha­puskan (dikurangkan) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-­mulia manusia.
Baginda SAW menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia­-mulia manusia,

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah­-gagah manusia.
Baginda SAW menjawab : Senantiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Senantiasa be­rada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah
dan rasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka en­gkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari ke­murkaan Allah pada hari Kiamat.
Baginda SAW menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat dari pada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permoho­nanku.
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diteri­maNya.

Dia berkata ; Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari Kiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari Kiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda SAW menjawab : Orang yang senanti­asa mengalir air mata penyesalan,mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan (penyakit)

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang (silahturahim).

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari Kiamat?
Baginda SAW menjawab : Sabar di dunia dengan baia dan musibah.



Telah berkata Iman Mustaghfirin: Aku tidak per­nah menjumpai hadis yang besar dalam merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini ....

Comments