Pesona Dunia

Indah dunia yang mempersona
Bagai dian terang menyala
Hingga terlupakan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta disisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Jadi bebanan dan menyusahkan
Bersyukur sentiasa dengan apa yang ada

Kump: Inteam

/*Hayatilah tiap bait kata2 dari lagu ini..dunia hanya sebagai jmbtan mghubungkan kita ke dunia abadi..so, jgn kita mudh tleka dgn semua yg kta miliki..

Comments

dlilana87 said…
iman kite sentiasa akan naik dan turun xkire siapa dir kita.. oleh yg demikian ana menyarankan shbt semue agar melihat kelemahan diri, mempertingkatkan ilmu untuk diberi pada orang lain, blaja bukan 1 dan dakwah bukan diletakkan pada angka 2.. bersabarla sekiranya dicaci, dihina untuk meningkatkan islam disisi Ilahi kerana ini adalah perjuangan sebenar kite.. jgn lemah sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dgn kita, membantu kita untuk agama Islam tercinta.. bukan senang untuk kita hayati dan tanamkan sifat cintakan Islam, ttp sekiranya kita nak takkan siapa boleh halang.. wasalam..