MEMBINA UMAT CEMERLANG

Mempertingkatkan iman dan tagwa kepada Allah swt. di setiap waktu dengan melakukan suruhan dan meninggalkan segala laranganNya merupakan tuntutan yang mesti dijadikan rutin kehidupan setiap kita.
Satu perkara yang dituntut oleh Islam ialah menjadi umat yang cemerlang dan terpuji dalam semua segi. Umat Islam yang cemerlang adalah mereka yang mengguna dan mengambil syariat Islam sepenuhnya, sentiasa meningkatkan kualiti akhlak, sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap gemilang dalam apa jua bidang.
Setiap kali kita hendak mendirikan solat, kita diseru supaya mencapai kecemerlangan dunia dan akirat. Seruan itu terkandung di dalam kalimah azan yang bermaksud "Marilah menuju kejayaan atau kecemerlangan". Kecemerlangan di dunia bererti kita mendapat apa yang dicita-citakan. Mencapai taraf hidup yang selesa, bahagia dan aman. Cemerlang di akhirat pula ialah mendapat kebahagian di syurga dan terhindar daripada azab neraka.
Bagi mencapai kecemerlangan, umat Islam perlu mempunyai sifat-sfat tertentu sebagaimana yang dinyatakan di dalam al­Quran. Inilah yang membezakan di antara umat Islam dengan umat yang lain. Antara sifat-sifat itu adalah rabbaniyah, beribadah kerana Allah dan melaksanakan manhaj Allah di atas bumi ini; wasatiyah, bersederhana (tidak melampau) di dalam seluruh kehidupan; sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran; kedua-duanya hendaklah berjalan serentak tanpa sebarang
pengasingan; mengukuhkan ikatan persaudaraan Islam tanpa mengira bangsa, warna kulit, status dan kedudukan, tidak rela membiarkan saudaranya menzalimi dan dizalimi. Malah, Islam melarang umatnya bertelingkah sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dan perbalahan sesama sendiri sebagaimana yang pernah terjadi di kalangan kabilah-kabilah jahiliyah.
Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan umat terdahulu dalam membina kecemerlangan umat hari ini. Mereka hancur kerana kelalaian mereka sendiri. Kejatuhan Bani Umaiyah berpunca dari perpecahan umat dan kelalaian dari pihak pemerintah. Umat Islam juga perlu mempersiapkan diri dari segi rohani dan j asmani dalam menghadapi pengaruh kuasa besar terutamanya pengaruh sosio-budaya dan kuasa Barat.
Salah tanggap masyarakat bukan Islam terhadap Islam perlu diperbaiki segera. Imej Islam akan terjejas jika ia terus dibiarkan berlarutan. Oleh itu, umat Islam keseluruhannya perlu berusaha memperbaiki keadaan ini. Usaha tersebut bermula dari memperbaiki diri individu itu sendiri, keluarga, masyarakat setempat. seterusnya negara. Umat Islam perlu beralih dari tapak lama ke tapak baru dalam membina kecemerlangan yang sebenar. Umat yang cemerlang merupakan langkah-Iangkah awal menuju negara yang cemerlang. Negara yang cemerlang akhirnya boleh menjadi model kepada negara-negara Islam yang lain dalam membina kecemerlangan global di era teknologi maklumat hari ini.

Comments